Special Appreciation

Salam..
Ahlan wasahlan wa marhaban bikum..
Welcome to my tiny, little world..
It's all about ME, MYSELF n I..

♪♬ This is the part of me that you're never gonna ever take away from me..
Throw your sticks n stones, throw your bombs n your blows..
But you're not gonna break my soul..
This is the part of me that you're never gonna ever take away from me.. No......!

Don't wanna break your heart, I wanna give your heart a break..
I know you're scared it's wrong, like you might make a mistake..
There's just one life to live n there's no time to wait, to waste..
So let me give your heart a break......! ♬♪

乂⍲‿⍲乂

Friday, August 19, 2011

Lailatul Qadar?

Salam. Sekejap je da nk berakhirnya Ramadhan kn. Meh kita bertazkirah & muhasabah diri sket. Anda semua tahu pasal Lailatul Qadar? Alhamdulillah, mira yakin anda tahu. Tp bagi yg x berapa nk tahu, jgn risau, mari kita belajar dr skrg :) Sesungguhnya Islam itu mudah dan memudahkan umatnya.

Bagi umat Muhammad saw yang pendek hayatnya, malam yang istimewa ini adalah peluang yang terbaik buat kita semua untuk memburu habuan dan keredhaan dari Ilahi. Firman Allah swt :
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar" (Surah al-Qadr 1-5)
ANTARA KEMULIAAN LAILATUL QADAR
1) Allah swt telah menurunkan Al Quran ke langit dunia pada malam Lailatul Qadar  ini.
2) Allah swt mengagungkan malam ini dengan bentuk pertanyaan, "Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?" (Surah al-Qadr, ayat 2)
3) Ibadah yang dilakukan pada Lailatul Qadar adalah lebih baik dari ibadah yang dilakukan selama seribu bulan (83 tahun).
4) Para malaikat bergerombolan turun pada malam ini dengan membawa rahmat, berkah dan ketenangan.
5) Keamanan dan keselamatan meliputi orang-orang yang beriman pada malam ini dan para malaikat terus menerus mendoakan keselamatan mereka.
6) Inilah kesempatan terbaik untuk memohon pengampunan dosa daripada Allah swt.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud: 
"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu. Barangsiapa solat pada Lailatul Qadar kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah berlalu" (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
"Berusahalah mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan " (Hadith Riwayat Bukhari)
Maka dgn itu, marilah kita berusaha mencari Lailatul Qadar. Bukan susah pn kwn2, lebih2kn amalan di sepuluh malam terakhir. Tp bkn bmaksud hari lain xya beribadat taw? ^.^

Dan diriwayatkan dari Aisyah r.a oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga Turmudzi yang menyatakan sahnya, katanya:  
"Saya bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malam jatuhnya Lailatul-Qadr itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?"  
Maka ujar Nabi Muhammad saw: "Katakanlah:
"Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini."
Haa mudah je kn. Klw lirik lagu senang je hafal, xkn doa sependek ni pn susah? Jd jgn bagi alasan lg taw. Jgn biarkan hati kita mjadi gelap. Sesungguhnya di bulan yg mulia ini, marilah kita sama2 bykkn beribadat dan berdoa kpd Allah swt. Bknlah mira ni baik sgt, mira juga x sempurna. Tp biarlah kita saling mengingati agar hidup lbh berkat ^^,

Sekian, wassalam.
Salam Ramadhan!

**sumber dr IluvIslam

No comments:

Post a Comment