Special Appreciation

Salam..
Ahlan wasahlan wa marhaban bikum..
Welcome to my tiny, little world..
It's all about ME, MYSELF n I..

♪♬ This is the part of me that you're never gonna ever take away from me..
Throw your sticks n stones, throw your bombs n your blows..
But you're not gonna break my soul..
This is the part of me that you're never gonna ever take away from me.. No......!

Don't wanna break your heart, I wanna give your heart a break..
I know you're scared it's wrong, like you might make a mistake..
There's just one life to live n there's no time to wait, to waste..
So let me give your heart a break......! ♬♪

乂⍲‿⍲乂

Saturday, December 28, 2013

Musibah Penghujung 2013 (T-T)

Salam everyone. Lama gila x update. Well, saja je nak bercerita pasal pengalaman kami first time kena banjir. So that dapat jadi peringatan kepada semua especially myself tentang semuanya adalah hak milik Allah. Tiada apa yang kekal dan menjadi milik kita sebenarnya dalam dunia ni. Segalanya akan kembali kepada Dia.

Tanggal 4 Dec 2013 which is the same day I should finish my chambering, rumah kami dilanda banjir. Memang akan menjadi sejarah la sbb selama 7 tahun kami duduk kt sini, inilah first time rumah kami masuk air. Biasa kat sekeliling rumah je ade air. Memang x pernah ok ade air smpai kt porch kami pun.

Actually malam 3 Dec 2013 tu air da mmg btul2 paras tangga kt sliding door ruang tamu kedua kami. So Mira memang da prepare la barang2 penting n kemas2 bilik tinggikan barang2 bagai. Every hour bangun sbb takut air masuk dlm rumah. N dalam keadaan yg xde elektrik tu, jam 3 pagi tersedar, tengok2 selipar tdo da xde kat tepi katil. Hati da xsedap. Turun dr katil, ‘kecepuk’ bunyi. OMG. Kaki da dlm air!!! Cepat2 bangun keluar bilik n tgk mmg air da masuk dlm rumah. Terus tinggikn lg barang2 yg sempat dicapai tp letak atas katil je la. Da xle fikir ape da time tu. Nasib baik Zam ade bg no tel bilik gerakan banjir sblm tdo tu. Terus suruh abah call n minx bantuan. After that menunggu la kami beramai2….


A few hours had passed n still xde bantuan dtg. Air pn da makin naik dgn sgt cepat. Mula2 paras buku lali je masa pukul 3 pagi tu n lpas 4 jam air da smpai lutut. Masa tu airmata da start mengalir. Tengok barang2 da tenggelam, terapung, tunggang langgang jatuh bagai… Abah da prepare nak naik atas bumbung in case air da makin tinggi n bantuan still xde. Tp sebab hari da makin cerah maka kami buat keputusan utk harung je air tu sementara masih boleh. Ingatkn paras pinggang je kat luar rumah tu tp rupanya paras dada uolls!!! Nasib baik kami keluar rumah cpt, klw x mmg x lepas la nk harung air tu tanpa bot. Masa mak abah (which are the last persons yg keluar dr rumah tu) nk harung air, dlm rumah air da smpai paras pinggang. Sobs sobs…


Then kami ulang alik la dr rumah angkut barang2 penting yg nak dibawa pindah ke tempat letak kereta which is kwsn perumahan yg tinggi sket. Tp kat situ pn rupanya air da paras lutut. Masa last abah n mak tinggalkn rumah tu abah ade ambk gmbr rumah kami yg da tenggelam. Sedih gila tengok… Kereta pn da start masuk air. Nasib baik abah awal2 lg da cabut bateri kereta. Ekzos je la x sempat nak tutup sbb air cpat sgt naik. So barang2 penting ni td letak atas bumbung kereta la sementara tunggu bot sampai. Taw kul berapa baru ade bot? Around 12 tengahari cmtu. Bayangkan dr kul 3 pagi kami berendam dlm air smpai kul 12 tghari. Almost 9 hours. Mahunya x kecut2 kaki. I siap menggigil2 lagi sbb xde lemak kn. Kahkah. Tu pn terima kasih sgt2 kat pakcik2 kami yg tolong carikn bot. Kalau nak tunggu bot bantuan tu mmg harapan la. Sempat kereta tenggelam dlu. Huhhh…

Ok ingatkan penderitaan kami smpai situ je. Rupanya bot yg pakcik2 kami dpt cari tu enjin rosak plk.. Aduhhh dugaan2… So blh letak barang2 je la n kami tolak bot tu ramai2 smbil harung air yg sekejap paras pinggang, sekejap paras dada. Dlm air tu faham2 je la, kami jumpa lipan ntah berapa ekor smpai x terkira, ular senduk yg warna hitam tu, mcm2 binatang lg la. Biawak sedap la berenang2, kurang asam btul. Kami harung air smpai ke pusat pemindahan banjir taw. Sejauh 3 km ye kawan2. Klw jalan biasa xpe lg tp nak harung air yg dalam tu sejauh 3 km bkn bnda mudah. Cramp abes kaki bila smpai Sekolah Pandan tu.

Sampai je kami trus masuk bilik darjah yg nenek n makcik kami ade. Imagine ye, 11 family dlm satu bilik darjah tu. Satu family dlm 4-5 orang, mmg crowded ok. Nak tdo pn nasib baik mak sempat bwk comforter, tp bantal xde la. So tdo beralaskn kain je la kepala tu. Psl makanan pn pengurusan mereka sgt trok. Tiap2 hari mkn nasi berlaukkn sardine. Da la tukang masak taw berlagak je, klw xreti masak utk ramai org blh x btaw awal2? Ni nasi hangit la, mentah la. Nasib baik kami mmg xpnh mkn mknn yg dimasak kat situ. Mak n abah jalan kaki g cari makanan kat kedai yg jauhnya 2km kot. Kadang2 pinjam motor pakcik. Psl toilet plk, campur lelaki  prmpn dlm satu toilet, that was really2 inappropriate. Toilet da la xde lampu, so blh bygkan bahaya die utk anak2 dara x?? Tak kira keadaan yg sgt kotor lg, bdk2 buang air merata, toilet xle flush, euwwww. I just don’t want to remember it at all.

Keesokannya, 5 Dec 2013 kami blk rumah, jalan kaki 3 km lg ok semata2 nak tgk keadaan rumah. Alhamdulillah air da mula surut. Dalam rumah da xde air tp kat luar still paras lutut lg. Haa tgk la gmbar2 kat bwh ni ye. Keadaan luar n dlm rumah kami. Masa smpai je kat pagar rumah, abah pesan, “Nak masuk tgk dlm rumah blh tp janji jgn nangis”. Ya Allah rase nak gugur jantung tgk keadaan dlm rumah. Kuatkn jgk hati ni, istighfar byk2. Yg mane barang elektrik yg tumbang ie. peti2 ais, mesin2 basuh, kami angkat dlu. Tp x start cuci rumah lg sbb takut air naik semula. Esoknya tu br mak abah n my lil bros blk utk start mencuci. First cuci bilik lil bros. Tu je yg mampu buat dlm sehari. Bygkn betapa seksanya nk mencuci lumpur2 tu. Day by day kami cuci satu area ke satu area. Altogether ade 8 areas tp sbb ade sukarelawan dtg bantu cuci hari ke 6 maka 6 hari je la kami ambil masa nak cuci kesemua kawasan dlm rumah. (P/s: Gmbr bilik2 x disertakan ye)
 
Air da surut. Yeay!
Ruang tamu kami
Ruang tamu kedua
Ruang makan
Dapur- selepas peti2 ais diangkat
Barang2 rosak kami kumpulkn setempat kat luar rmh, n gmbrnya ade di bawah ye. Mane yg blh dibakar, dibakar, mane yg xle, msuk dlm plastic n kumpul utk dibuang. Sayang gila byk barang2 kne buang. Buku2 kami mmg kebanyakannya abes la kne banjir. Yg mane barang2 besi berkarat, barang2 kayu reput. Pinggan mangkuk mak kat dapur byk yg pecah sbb almari reput n kotaknya koyak. Mak n abah kuat. Wlpn rumah sgt terok n barang byk rosak, diorg x tunjukkn rasa sedih n tetap kuatkan diri mengemas. Sampai mak akhirnya jatuh pengsan smbil buat keje. Abes luka n bengkak siku n bibir. Penat sgt agaknya 2 mgu mengemas rmh. Kesian mak. Sobs sobs.

 
Antara yg rosak n utk dibuang
Lagi utk dibuang-kat porch byk lg tp xde gmbr plk

14 Dec 2013, Pahang Bar (Persatuan Peguam Pahang) dtg ke rumah hantar bantuan. Terharuuu dgn keprihatinan mereka. Tq so muchhh! N x sangka boss pn kasi bantuan banjir berserta bonus hujung tahun. Alhamdulillah sedikit sebanyak dpt bantu kurangkan beban kami. Almaklum la sekolah da nk bukak kan. Barang2 lain kami ketepikn dlu n dahulukn barang2 sekolah lil bros. Nasib baik lil sis tgh tgu result SPM, xya sekolah da, so da save duit kt situ. Itulah yg dikatakan perancangan Allah. Dia ambil sesuatu tp Dia gantikn dgn yg lain. Dia turunkan musibah, tp Dia gantikan dgn rezeki lain pula. Syukur Alhamdulillah… Di saat coretan kenangan ni ditaip, rumah da 80% siap kemas. Cuma barang2 rosak je x diganti lg. Xpe la, perlahan2 akan diganti nnt. Semoga Allah permudahkan segalanya dan keadaan kembali pulih seperti sediakala. Amin. 

Oh btw, my long call papers da siap difailkan. Cuma tgu date shj, Alhamdulillah..

Sekian wassalam :) 

Friday, August 30, 2013

How to love yourself?

Salam..

Hari ni nak share sikit psl mcm mana nak sayang diri kita. Sebab lately berdasarkan pemerhatian saya, people around me sibuk nak menjaga diri kihkih. Actually, nak jaga penampilan ni perlu mula dari awal. Tak kisah la single ke, ade bf ke, takde bf ke, dah kawin ke, dah ade anak ke, dah ade cucu sekalipun kita kena jaga penampilan. Jangan la esok nak kawin, hari ni baru sibuk2 nak g spa la, cuci rambut la, makan jamu la, etc. Kalau setakat sehari, takde effect nye. Tak payah berangan la. Kalau betul nak tampil “cantik menarik tertarik kau memang da bomb”, nasihat saya, mula la dari awal. Baru la puas hati dgn hasilnya nanti hihi.

Saya ni bukanlah pandai sgt jaga penampilan pun, tapi sedikit sebanyak nak share la dgn semua cara yang paling simple la utk jaga penampilan dari head to toe. So takde la nanti nampak pucat lesi sgt or ter’over’ sgt. Tak mau la jadi teratai layu di tasik madu ke ape kannn..

RAMBUT

Utk penjagaan rambut, sila syampu rambut at least 3 kali seminggu. Kalau berpeluh dgn sgt teruk, syampu la rambut tu setiap petang. Jgn syampu pagi sbb utk yg bertudung, kalau tak sempat keringkan rambut tu, nnt rambut akan berbau lebih teruk n berbuah. Especially utk yg bekerja kan. Kalau dah terpaksa sgt, boleh cuci rambut pagi tp make sure keringkan guna hairdryer dulu. Saya tak syorkan sgt guna hairdryer ni sbb tak elok utk rambut. Kalau syampu petang, rambut akan ade masa utk kering sepanjang malam tu. N masa syampu rambut tu, sikat rambut supaya syampu rata n sampai ke akar rambut n kulit kepala. Lepas tu, cuci bersih2 tau syampu tu!

Lagi satu kan, kalau nak simpan rambut panjang, rajin2 la gunting hujung rambut tu. Ini utk mengelakkan rambut bercabang ye. N rajin2 usap hujung rambut tu dgn baby oil supaya hujung rambut tu tak tajam hihii..

MUKA

Perkara yg paling penting sekali cuci muka. N tolong laa sgt2 cari pencuci muka yg betul2 sesuai dgn kulit muka kita. Jgn sebab Lisa Surihani jadi duta produk Garnier, kita pun beriya la nak pakai jugak. Sekali tak sesuai dgn kulit kita, haaa ambik kau. Habis jerawat keluar mcm cendawan tumbuh lepas hujan. Muka asset penting kita tau. Tak kan la tak jeles tengok orang lain muka licin je.. Kalau keluar rumah, make sure setiap kali balik dari berjalan tu g cuci muka. Especially kalau kita pakai BB cream ke, foundation ke. Kalau biar lama2 kat muka haa memang habis la muka nanti. Jadikan cuci muka tu rutin kita setiap kali balik rumah.

Now move on to make-up. Ya, saya tau ramai yg tak suka pakai make up kan. Takpe, tak payah la pakai make up tebal mcm opera cina tu. At least la kan, pakai BB cream utk lindungi kulit dari pancaran terus matahari. N utk elak nampak pucat lesi sgt, just wear a little bit of eyeliner n lipstick. Kalau segan sgt nak pakai make up ke ape, pakai eyeliner kaler brown n lipstick kaler nude so that kita akan nampak lebih natural.

At night, make sure sebelum tidur mesti cuci muka dulu. N jgn lupa pakai krim malam. Saya syorkan pakai krim vitamin E sbb krim ni sgt bagus utk hilangkan parut2 kat muka. Bila kita tidur kan kulit lebih mudah menyerap. Tapi bukan esok nak kawin hari ni baru nak pakai ye. Take time la nak dapatkan kulit yang bebas cela.

BADAN

Rajin2 la mandi. Especially kalau rase badan kamu mudah berpeluh. At least kan, setiap petang scrub badan tu. Sebab bila seharian kita buat aktiviti harian kita, bekerja ke, belajar ke, beriadah ke, mesti mcm2 melekat kat kulit kita. So bila balik rumah tu, mandi n scrub badan. Tak payah la setiap kali mandi nak scrub badan tu. Paling kurang pun setiap petang la ok?

Deodorant n perfume pun jgn lupa pakai pleaseee.. Tak guna dari jauh nampak cantik menarik tapi bila dekat, haaa ambik kau. Bau mengalahkan kambing. Setiap orang mengeluarkan peluh. Bau peluh tu sgt kurang menyenangkan, take note pleaseee. Jangan buat orang sekeliling tak selesa berada dgn kita. Yang paling penting jgn kasi orang can utk kutuk kita kihkihkih..

At night pulak, pakai losyen. Ini supaya kulit kita sentiasa lembut je. Especially utk orang yg kulitnya kering. Kamu mmg sgt perlu pakai losyen ye. Pilih losyen yg baunye menenangkan so that tidur kita tak kan terganggu n dpt tidur dgn tenang.

KAKI

Setiap kali keluar rumah, bila balik tu tolong la cuci kaki ye. Sabun bersih2. Kalau kaki berbau especially bila kaki terperap terlalu lama dlm kasut bertutup, rendam kaki tu dlm besen berisi air yg diperah limau nipis. Alaaa sambil2 tgk Cinta Jannah tu pun boleh. Jgn kata takde masa ye. Setengah jam should be enough la. Tapi kalau kaki luka mmg menjerit la sbb akan rasa pedih kena air limau nipis tu.

Utk penjagaan malam pula, sapu la losyen kat kaki tu. Especially kalau kaki merekah2 n kulitnya kasar. Kalau tiap2 hari buat, insyaAllah kaki kita tak merekah2 n kulitnya jadi makin lembut.

Kesimpulannya, perkara paling basic utk penjagaan penampilan diri adalah rajin2 syampu rambut, cuci muka, mandi n pakai losyen. Ini bukan utk orang lain tapi utk diri kita jgk. N kalau yg da kawin, utk suami anda semua ye.


Ok la, itu aje yg mampu saya kongsikan. Nak cakap lebih2 saya bukannya professional kahkah.
Sekian, wassalam.

Monday, June 17, 2013

Shine Bright Like A Diamond!

Salam.
Fuhh lame gle x update hahaha.
Busy busy busy.

Baru tbaca artikel ni kt internet td.
So rase nk share dgn u all.
Enjoy your reading :)

Nk kulit yg bersih, cantik, licin x??
Amalkan la mknn2 yg berikut ni k.



1) Avokado
Bukan sahaja digunakan dalam pelbagai produk kecantikan, tetapi kulit serta isi avokado kaya dengan vitamin B. Ia sangat penting untuk mendapatkan kulit yang licin, sihat, membantu mencegah iritasi, merah dan bengkak pada kulit. Anda boleh mengambilnya bersama salad, smoothie atau boleh menyapu isi buah tersebut di muka untuk dijadikan skrub.

2) Beri
Vitamin C sangat penting untuk kulit yang sihat dan buah beri telah membuktikannya. Strawberi dan beri hitam mengandungi serat kolagen untuk membuat kulit tampak lebih muda. Diperkaya dengan anti oksidan yang tinggi, ia turut berkesan untuk membantu mencegah keradangan tidak kira anda mengamalkannya bersama smoothie atau cara biasa.



3) Keju kotej (Cottage cheese)
Selenium dan Vitamin E yang terdapat dalam makanan ini dapat membantu melawan radikal bebas dan membekalkan antioksidan yang tinggi untuk kulit sihat. Ada laporan mengatakan khasiat kotej keju ini dapat mencegah kanser apabila diamalkan dalam pelan diet yang sihat.

4) Almond (kacang)
Asid lemak dalam makanan ini dapat membantu mengekalkan sel membrane dan dapat menyahkan toksik di dalam badan. Almond juga mengekalkan air dalam badan yang akan menjadikan kulit wajah dan badan yang pejal dan sihat. Selain itu, minyak baik yang terdapat di dalam almond ini sangat bagus untuk kesihatan jantung dan mengekalkan kesihatan berat badan. 

5) Kentang
Kentang mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk keperluan tubuh. Diperkaya dengan zink dan vitamin C, kentang juga dapat membina kekenyalan kulit untuk tampil muda dan sihat sepanjang masa.

6) Bijirin
Walaupun bijirin dapat menyebabkan peningkatan gula dalam darah, bijirin juga dapat membantu mengekalkan keremajaan dan kesihatan luaran yang anda mahu. Namun, anda harus memastikan bijirin ini mempunyai serat yang tinggi untuk mendapat manfaat yang baik kepada kulit anda.

7) Biji flaks
Jika anda tidak suka makan ikan dan makanan yang mengandungi lemak asid omega tiga yang tinggi, biji flaks ini merupakan penyelesaian kepada anda. Omega 3 yang terdapat dalam biji ini dapat membantu menhidratkan kulit, mengurangkan sebum, menutup liang roma serta membantu mencegah jerawat. Minyak yang terdapat di dalam biji ini memberikan kulit wajah yang berseri secara semulajadi serta kulit yang muda dan sihat.

8) Yogurt
Kaya dengan protein, yogurt membantu untuk membina kulit yang lebih anjal. Yogurt dari Greek mengandungi dua kali lebih protein dan kaya dengan serat. Terdapat pelbagai perisa yogurt dan anda juga boleh mengamalkan yogurt dengan tambahan buah beri, madu dan pelbagai buah lain.
9) Lada
Warna hijau, kuning, oren, dan merah pada lada dapat menyerlahkan hidangan anda. Karotenoid (antioksidan di dalam lada) dapat mengurangkan kedutan pada wajah, menampakkan wajah lebih muda dan sihat jika selalu diamalkan.

10) Mangga
Bukan sahaja sedap, mangga juga dapat membantu memulihkan kulit. Mengandungi lebih daripada 80 peratus vitamin A, anda perlu amalkannya sekerap mungkin untuk melawan radikal bebas atau kulit tidak akan berkedut pada usia yang muda. Berkalori rendah, mangga amat sesuai diamalkan sewaktu diet.

Ok selamat mencuba!
Semoga bertemu lg di lain masa hihi.
Wassalam~

Monday, January 21, 2013

The Day You Went Away

Salam.
Last saturday g hantar my sis kt airport kuantan.
Kebetulan makngah pn nek flight same dgn along.
Nsb bek sempat jmp makngah b4 dia g umrah.
At least along x sorg2 nek flight ke kL tu.
Along cuti 2 weeks tp sempat jmp dia 8hari je.
Sume sbb my final exam yg waktu nye sentiasa x bersesuaian.
Well, till we meet again my dear sis.
Jgn lupe blk 4 my graduation day!
Sama tp x serupa?

Five of us
Da cm timothy green da aku, ade daun atas kepala :p


Amboih along..berposing dgn beg jimmy choo aku eh
Bersama wan tersayang
 
Thats all 4 now.
Wassalam~

Wednesday, January 16, 2013

Sweet.Moments.Together


Salam.
Mixed feelings.
Happy sbb da abes blaja.
Afraid nk start chambering.
Sad bpisah dgn kwn2.

DEAR BELOVED FRENS,
Don't walk BEHIND me; I may not lead. 
Don't walk IN FRONT OF me; I may not follow. 
Just walk BESIDE me and be my friend.

 A stranger stabs you in the front; 
A friend stabs you in the back; 
A boyfriend stabs you in the heart, 
BUT
Best friends only poke each other with straws.

LOVE U GUYS SO MUCHH!!! 

Sekian.