Salam..
Hari ni nak share sikit psl mcm mana nak sayang diri kita. Sebab lately berdasarkan pemerhatian saya, people around me sibuk nak menjaga diri kihkih. Actually, nak jaga penampilan ni perlu mula dari awal. Tak kisah la
single ke, ade bf ke, takde bf ke, dah kawin ke, dah ade anak ke, dah ade cucu
sekalipun kita kena jaga penampilan. Jangan la esok nak kawin, hari ni baru
sibuk2 nak g spa la, cuci rambut la, makan jamu la, etc. Kalau setakat sehari,
takde effect nye. Tak payah berangan la. Kalau betul nak tampil “cantik menarik
tertarik kau memang da bomb”, nasihat saya, mula la dari awal. Baru la puas
hati dgn hasilnya nanti hihi.
Saya ni bukanlah pandai sgt jaga penampilan pun, tapi
sedikit sebanyak nak share la dgn semua cara yang paling simple la utk jaga
penampilan dari head to toe. So takde la nanti nampak pucat lesi sgt or ter’over’
sgt. Tak mau la jadi teratai layu di tasik madu ke ape kannn..
RAMBUT
Utk penjagaan rambut, sila syampu rambut at least 3 kali
seminggu. Kalau berpeluh dgn sgt teruk, syampu la rambut tu setiap petang. Jgn syampu
pagi sbb utk yg bertudung, kalau tak sempat keringkan rambut tu, nnt rambut
akan berbau lebih teruk n berbuah. Especially utk yg bekerja kan. Kalau dah
terpaksa sgt, boleh cuci rambut pagi tp make sure keringkan guna hairdryer dulu.
Saya tak syorkan sgt guna hairdryer ni sbb tak elok utk rambut. Kalau syampu
petang, rambut akan ade masa utk kering sepanjang malam tu. N masa syampu
rambut tu, sikat rambut supaya syampu rata n sampai ke akar rambut n kulit
kepala. Lepas tu, cuci bersih2 tau syampu tu!
Lagi satu kan, kalau nak simpan rambut panjang, rajin2 la
gunting hujung rambut tu. Ini utk mengelakkan rambut bercabang ye. N rajin2
usap hujung rambut tu dgn baby oil supaya hujung rambut tu tak tajam hihii..
MUKA
Perkara yg paling penting sekali cuci muka. N tolong laa
sgt2 cari pencuci muka yg betul2 sesuai dgn kulit muka kita. Jgn sebab Lisa
Surihani jadi duta produk Garnier, kita pun beriya la nak pakai jugak. Sekali tak
sesuai dgn kulit kita, haaa ambik kau. Habis jerawat keluar mcm cendawan tumbuh
lepas hujan. Muka asset penting kita tau. Tak kan la tak jeles tengok orang
lain muka licin je.. Kalau keluar rumah, make sure setiap kali balik dari
berjalan tu g cuci muka. Especially kalau kita pakai BB cream ke, foundation
ke. Kalau biar lama2 kat muka haa memang habis la muka nanti. Jadikan cuci muka
tu rutin kita setiap kali balik rumah.
Now move on to make-up. Ya, saya tau ramai yg tak suka pakai
make up kan. Takpe, tak payah la pakai make up tebal mcm opera cina tu. At least
la kan, pakai BB cream utk lindungi kulit dari pancaran terus matahari. N utk
elak nampak pucat lesi sgt, just wear a little bit of eyeliner n lipstick. Kalau
segan sgt nak pakai make up ke ape, pakai eyeliner kaler brown n lipstick kaler
nude so that kita akan nampak lebih natural.
At night, make sure sebelum tidur mesti cuci muka dulu. N
jgn lupa pakai krim malam. Saya syorkan pakai krim vitamin E sbb krim ni sgt
bagus utk hilangkan parut2 kat muka. Bila kita tidur kan kulit lebih mudah
menyerap. Tapi bukan esok nak kawin hari ni baru nak pakai ye. Take time la nak
dapatkan kulit yang bebas cela.
BADAN
Rajin2 la mandi. Especially kalau rase badan kamu mudah
berpeluh. At least kan, setiap petang scrub badan tu. Sebab bila seharian kita
buat aktiviti harian kita, bekerja ke, belajar ke, beriadah ke, mesti mcm2
melekat kat kulit kita. So bila balik rumah tu, mandi n scrub badan. Tak payah
la setiap kali mandi nak scrub badan tu. Paling kurang pun setiap petang la ok?
Deodorant n perfume pun jgn lupa pakai pleaseee.. Tak guna
dari jauh nampak cantik menarik tapi bila dekat, haaa ambik kau. Bau mengalahkan
kambing. Setiap orang mengeluarkan peluh. Bau peluh tu sgt kurang menyenangkan,
take note pleaseee. Jangan buat orang sekeliling tak selesa berada dgn kita. Yang
paling penting jgn kasi orang can utk kutuk kita kihkihkih..
At night pulak, pakai losyen. Ini supaya kulit kita sentiasa
lembut je. Especially utk orang yg kulitnya kering. Kamu mmg sgt perlu pakai
losyen ye. Pilih losyen yg baunye menenangkan so that tidur kita tak kan
terganggu n dpt tidur dgn tenang.
KAKI
Setiap kali keluar rumah, bila balik tu tolong la cuci kaki
ye. Sabun bersih2. Kalau kaki berbau especially bila kaki terperap terlalu lama
dlm kasut bertutup, rendam kaki tu dlm besen berisi air yg diperah limau nipis.
Alaaa sambil2 tgk Cinta Jannah tu pun boleh. Jgn kata takde masa ye. Setengah jam
should be enough la. Tapi kalau kaki luka mmg menjerit la sbb akan rasa pedih
kena air limau nipis tu.
Utk penjagaan malam pula, sapu la losyen kat kaki tu. Especially
kalau kaki merekah2 n kulitnya kasar. Kalau tiap2 hari buat, insyaAllah kaki
kita tak merekah2 n kulitnya jadi makin lembut.
Kesimpulannya, perkara paling basic utk penjagaan penampilan
diri adalah rajin2 syampu rambut, cuci muka, mandi n pakai losyen. Ini bukan
utk orang lain tapi utk diri kita jgk. N kalau yg da kawin, utk suami anda
semua ye.
Ok la, itu aje yg mampu saya kongsikan. Nak cakap lebih2
saya bukannya professional kahkah.
Sekian, wassalam.


No comments:
Post a Comment