Salam :)
Sejak dua menjak ni, mira asyik terima jemputan kawen kwn2 je.
Dlm hati t'tnya, cpatnye korg ni nk kawen..?
Oppss mira tlupa yg umur mira pn da nk msuk 22 thn ni.
Kwn2 mira kbykn nye da nk msuk 23 thn ni, ptot la rmai nk bina masjid da.
Anyway, congrats utk kalian yg dlm usaha meniti jambatan utk mnyatukan dua hati :)
Mira bile lg?
Awal lg......sbr dlu.
Klw ade jodoh x ke mane kn?
Perancangan tu ade, cuma mase blm seswai.
Masing2 nk kejar cita2 dlu.
Mira ade lg setahun, si dia ade lg dua thn.
Yg pnting restu dr kedua belah pihak da dpt :)
Dlm perhubungan, t'gigit lidah' tu perkara biasa.
Pasti ada yg terase hati, tguris perasaan.
Mmg tiada niat di hati kita utk melukai hatinya.
Tp harus diingat, kdg2 tanpa sedar ada hati yg tguris dek kata2 kita.
Lelaki jarang hatinya terusik, tp sebaliknya buat wanita.
Jadi buat kaum lelaki, belajarlah mnyelami hati wanita yg kamu cintai.
Andai kamu tahu, dlm hati seorang wanita itu..
Ada naluri untuk disayangi,
Ada keinginan untuk diberi perhatian,
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,
Ada kemahuan untuk ditemani kesedihannya.
Rajuk wanita ingin dipujuk,
Marah wanita ingin didekati,
Sedih wanita ingin didengari,
Gembira wanita ingin dikongsi.
Namun di sebalik timbunan rasa itu..
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk dimanjai,
Bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Hanya inginkn sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau berjauhan.
Harus diingati namun jgn dipersalahkn,
Kerna hati wanita sememangnya akan sentiasa bertanya,
Wujudkah cinta seperti cintanya di hati lelaki,
Di saat jauh tanpa khabar berita.
**Sebelum m'akhiri sesi kita, pesanan ini buat lelaki mahupn wanita:
Sayangilah seseorang kerna siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupanya semata-mata.
Sekian, wassalam :))

No comments:
Post a Comment